Membaca merupakan satu amalan yang mulia. Banyak faedah yang dapat
diperolehi dengan membaca. Kerajaan sentiasa menjalankan pelbagai kempen
menggalakkan masyarakat mengamalkan tabiat suka membaca. Membaca dapat
meluaskan pengetahuan. Oleh itu membaca merupakan jambatan ilmu. Banyak ilmu
yang dapat kita perolehi dengan membaca buku-buku, surat akhbar, majalah dan
lain-lain lagi. Kita juga dapat mengetahui perkara-perkara baru dalam pelbagai
bidang ilmu seperti sejarah, sastera, ekonomi, sains dan matematik.
Faedah membaca dapat kita mengetahui tentang isu-isu semasa yang
berlaku di seluruh dunia. Misalnya, masalah kegawatan ekonomi, pencemaran alam
sekitar, pergolakan politik, serangan pengganas, sukan dan sebagainya. Dengan
demikian, kita akan lebih peka terhadap perkembangan semasa dan tidak lagi
menjadi seperti katak di bawah tempurung.
Satu lagi faedah membaca ialah kita dapat mengisi masa lapang dengan
aktiviti yang berfaedah. Masa tidak lagi terbuang begitu sahaja. Menyedari
hakikat bahawa masa itu emas, maka amalan membaca memang wajar dilakukan oleh
setiap orang setiap kali ada masa terluang.
Selain itu, membaca juga dapat meningkatkan pencapaian bahasa di kalangan
pelajar-pelajar. Dengan membaca pelbagai bahan bacaan berbahasa Melayu dan
Inggeris, pelajar-pelajar dapat menguasai bahasa tersebut dengan baik. Mereka
juga akan terdedah kepada pelbagai gaya penulisan seperti berita rencana,
laporan dan cerpen. Hal ini dapat membantu mereka dalam penulisan karangan
dengan baik.
No comments:
Post a Comment