Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 begitu komprehensif dan menyeluruh. Pelan yang dilancarkan hari ini
mengariskan 11 anjakan yang diperlukan untuk mentransformasikan sistem
pendidikan negara bagi tempoh 13 tahun akan datang.
Sebelas anjakan
yang digariskan adalah:
Menyediakan
akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa;
- Memastikan
setiap pelajar fasih dalam Bahasa Melayu dan Inggeris;
- Membangun
rakyat Malaysia yang dipacu oleh nilai murni;
- Menjadikan
perguruan sebagai profesion pilihan;
- Memastikan
pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;
- Memperkasakan
Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk
menyelesaikan isu mengikut keperluan;
- Memanfaatkan
teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran
di seluruh Malaysia;
- Menambahbaik
keupayaan penyampaian kapasiti kementerian;
- Bekerjasama
dengan ibubapa, masyarakat dan sektor swasta'
- Memaksimumkan
kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;
- Meningkat
ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.
Menurut Timbalan
Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin program
transformasi tersebut akan dilaksanakan dalam 3 fasa.
Gelombang 1 (2013-2015)
- Peningkatan
dalam kemahiran guru.
- Kualiti
pengajaran.
- Keupayaan
pegawai di peringkat negeri dan daerah.
- Mutu
kepimpinan sekolah.
Gelombang 2 (2016-2020)
- Berlaku
perubahan struktur sistem pendidikan negara yang menyaksikan kesemua
410,000 orang guru dan 10,000 orang pengetua atau guru besar menikmati
pakej kerja baru.
- bahagian-bahagian
di Kementerian Pelajaran di struktur semula dan kurikulum sekolah rendah
dan menengah disemak semula agar sejajar dengan perkembangan sosial dan
ekonomi dunia.
Gelombang 3 (2021-2025)
- Semua
sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi
melebehi standard minimum. Pelan itu mensasarkan hasil kepada lima
aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan. Ia juga
turut mensasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk
membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran
berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama,
serta beridentiti kebangsaan.
No comments:
Post a Comment