Perasaan saya jadi tidak menentu
apabila diberitahu oleh pensyarah pada
kali pertama dalam interaksi untuk semester 3 bahawa BMM3105 iatu Pembelajaran
Berbantukan Komputer dinilai pada blog. Kena buat blog sendiri? Saya mula risau
dan tak terfikir langsung macam mana nak bina blog. Naluri hati saya
berkata..belum cuba belum tahu..
Alhamdulillah, berkat sedikit usaha
dan saya mengikuti panduan yang diberikan saya membina blogspot.com / blogger.com sebagai tapak blog, akhirnya saya dapat membina tapak blog
dahulu. Saya memilih templat dan
‘wallpaper’ yang sesuai, ringkas dan tidak serabut. Blog saya siap tapi saya
tidak tahu cara untuk memasukkan maklumat seperti yang diminta oleh pensyarah. Kelemahan yang ada pada saya inilah menjadi cabaran yang mesti saya hadapi. Saya tidak segan silu bertanya rakan-rakan sekuliah dan tempat saya bertugas. Akhirnya saya dapat merealisasikan blog saya seperti apa yang diminta.
Rasa cemburu pada blog orang lain
yang cantik, kemas, menarik memberi galakan kepada saya untuk mencuba. Setakat
ini saya rasa bangga walaupun hasilnya tak seberapa. Pada interaksi yang ke
tiga, kami diajar untuk membuat menu dan ‘link’kan menu dengan ‘post’. Saya
terus berusaha melaksanakan tugasan yang diberikan melalui blog pensyarah. Sebagai seorang pelajar kita mestilah berusaha mencari panduan, mengikut
panduan dan melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sebaik mungkin.
Sifat sabar amatlah penting bagi
mencapai sesuatu kejayaan. Pengalaman saya membina blog sendiri adalah satu pengalaman yang amat berharga
pada diri saya. Kita perlu sentiasa menerima teguran dan nasihat daripada orang
lebih bergalaman. Akhirnya blog saya dapat direalisasikan juga. Saya
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang tidak jemu-jemu memberi
tunjuk ajar kepada kami. Terima kasih saya juga kepada rakan-rakan yang turut
menghulurkan bantuan. Insyallah pengalaman yang saya terima pada hari ini akan
saya curahkan kepada anak-anak didik saya dalam zaman ICT.
No comments:
Post a Comment