Monday 25 March 2013






BERCERITA SAMBIL BELAJAR BAHASA MELAYU

Pengajaran dan pemelajaran merupakan proses kognitif, afektif dan psikomotor yang kompleks. Pengajaran dan pemelajaran menghasilkan perubahan dalam tingkah laku seseorang atau sesuatu organisma, atau kebolehan seseorang. Perubahan tersebut dihasilkan melalui pengalaman, latihan atau interaksi antara individu dengan persekitarannya.
Menurut Kamus Dewan, edisi ketiga, teknik ialah kaedah mencipta sesuatu hasil seni, seperti muzik dan karang-mengarang. Edward M. Anthony mendefinisikan teknik sebagai muslihat atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum sewaktu mengajarkan sesuatu bahagian bahasa yang tertentu. Menurut Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz dalam Pengajian Melayu III: Komunikasi Bahasa, teknik didefinisikan sebagai pengendalian sesuatu organisasi yang benar-benar berlaku di bilik darjah yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan pengajaran yang telah dipilih untuk muridnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
Teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran bukanlah perkara baharu Teknik itu biasanya digunakan oleh orang kita pada waktu tertentu, khususnya sewaktu mengajar anak mereka. Situasi yang sama dapat berlaku dalam pengajaran dan pemelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu apabila guru menyampaikan isi pelajaran kepada murid dengan menggunakan teknik tersebut. Murid akan memberikan lebih tumpuan dan perhatian apabila suasana yang diwujudkan lebih menyeronokkan dan berkesan.


Sunday 24 March 2013



                                                                                                 

Betulkan ejaan! (1 )
 Kesalahan mengeja dan penulisan perkataan dalam Bahasa Melayu seringkali dilakukan bukan sahaja oleh pelajar tetapi juga oleh masyarakat yang telah berkerjaya. Ini disebabkan sikap yang kurang mengambil berat akan kepentingan ejaan dan cara penulisan yang betul. Selain itu timbul keraguan dan kekeliruan untuk mengeja sesuatu perkataan seperti perkataan yang dipinjam dan penggunaan imbuhan . Ruangan ini memberi sedikit panduan untuk membetulkan kesalahan ejaan dan cara penulisan yang betul berpandukan risalah terbitan DBP.
Perkataan yang berhuruf condong dan berwarna hijau adalah betul .

1. 1800an = 1800-an
2. 50 an = 50-an
3. 75% dari kadar sebenar =75% daripada kadar sebenar
4. 80% daripada pengundi-pengundi = 
80% daripada pengundi
5. acapkali = 
acap kali
6. ada pun = 
adapun
7. adakala = ada kala
8. adik beradik = 
adik-beradik
9. agreget = agregat
10. aked = arked
11. akitek = arkitek 
12. aljebra = algebra / aljabar
13. ambil-alih = 
ambil alih
14. ampangan =
 empangan
15. anak beranak = 
anak-beranak
16. andai pun = andaipun
17. anggerek/ anggrik = anggerik
18. Antara maklumat-maklumat = antara maklumat
19. anti agama = 
antiagama
20. anti dadah = 
antidadah
21. anti Isreal = anti -Isreal
22. anti kapal selam = 
antikapal selam
23. anti komunis = 
antikomunis
24. anti lelaki = antilelaki
25. anti nuklear = antinuklear
26. anti perang antiperang = antiperang
27. anti periuk api = antiperiuk api
28. anti sosial = antisosial
29. anti-aparteid = antiaparteid
30. anti-dadah = antidadah
31. anti-jenayah = antijenayah
32. anti-kerajaan = antikerajaan 
33. antiRusia = 
anti-Rusia
34. apa kala / apa-kala = 
apakala
35. apa tah = apatah
36. apa-bila = apabila
37. apa-tah = apatah
38. arithmetik = aritmetik
39. artifek = artifak
40. atlit = atlet
41. audien = audiens


Sumber: 
              http://duniamindaku.blogspot.com/2010/01/betulkan-ejaan-1.html






Thursday 21 March 2013



 

PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) NKRA


APA ITU LINUS?
 LINUS ialah akronim bagi "Literacy dan Numeracy Screening"

LINUS merupakan program pemulihan yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh kemahiran asas litersi dan kemahiran asas numerasi semasadi Tahap1 sekolah rendah.

LINUS disasarkan kepada murid2 yang mempunyai masalah  3M,(membaca,menulis,mengira)

Matlamat
Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid mengikuti program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi kecuali murid yang berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti ProgramLINUS.

Faktor2 Utama Untuk Memastikan Kejayaan LINUS

1.Guru pemulihan LINUS (1:15 murid)
2.Mewujudkan jawatan Fasilinus di PPD (1:30)
3.Semua sekolah mesti menyertaiProgram LINUS ini.
4.Meningkatkan kemahiran pedagogi guru melalui latihan dalam perkhidmatan dan latihan pra-perkhidmatan.
5.Pemantauan berterusan oleh pihak KPM/JPN/PPD/SEKOLAH.

Definisi Asas Literasi.
Keupayaan membaca,menulis dan memahami perkataan, ayat tunggaldan ayat majmuk dalam Bahasa Malaysia dan mampu menggunakan perkataan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

Definisi Asas Numerasi
Keupayaan untukmenyelesaikan operasi asas matematik, memahami idea matematik yang mudah dan mampu menggunakan kemahiran matematik dalam kehidupan seharian


REFLEKSI MEMBINA BLOG

            Perasaan saya jadi tidak menentu apabila diberitahu oleh  pensyarah pada kali pertama dalam interaksi untuk semester 3 bahawa BMM3105 iatu Pembelajaran Berbantukan Komputer dinilai pada blog. Kena buat blog sendiri? Saya mula risau dan tak terfikir langsung macam mana nak bina blog. Naluri hati saya berkata..belum cuba belum tahu..
            Alhamdulillah, berkat sedikit usaha dan saya mengikuti panduan yang  diberikan saya membina   blogspot.com / blogger.com sebagai tapak blog,   akhirnya saya dapat membina tapak blog dahulu.  Saya memilih templat dan ‘wallpaper’ yang sesuai, ringkas dan tidak serabut. Blog saya siap tapi saya tidak tahu cara untuk memasukkan maklumat seperti yang diminta oleh pensyarah.  Kelemahan yang ada pada saya inilah menjadi cabaran yang mesti saya hadapi.  Saya tidak segan silu bertanya rakan-rakan sekuliah dan tempat saya bertugas.  Akhirnya saya dapat merealisasikan blog saya seperti apa yang diminta.
            Rasa cemburu pada blog orang lain yang cantik, kemas, menarik memberi galakan kepada saya untuk mencuba. Setakat ini saya rasa bangga walaupun hasilnya tak seberapa. Pada interaksi yang ke tiga, kami diajar untuk membuat menu dan ‘link’kan menu dengan ‘post’. Saya terus berusaha melaksanakan tugasan yang diberikan melalui blog pensyarah.  Sebagai seorang pelajar kita mestilah berusaha mencari panduan, mengikut panduan dan melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sebaik mungkin.
            Sifat sabar amatlah penting bagi mencapai sesuatu kejayaan. Pengalaman saya membina blog sendiri  adalah satu pengalaman yang amat berharga pada diri saya.  Kita perlu sentiasa menerima teguran dan nasihat daripada orang lebih bergalaman. Akhirnya blog saya dapat direalisasikan juga.  Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar kepada kami.  Terima kasih saya juga kepada rakan-rakan yang turut menghulurkan bantuan.  Insyallah pengalaman yang saya terima pada hari ini akan saya curahkan kepada anak-anak didik saya dalam zaman ICT.
 

Tuesday 19 March 2013

KATALOG ALAMAT  INTERNET (URL)  BLOG PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
       
           TAJUK
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia UPSI
           URL
          SINOPSIS
Selamat Datang Ke Blog Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat


          TAJUK
Kata Ganti Nama Diri
          URL
          SINOPSIS
Dalam Pengajaran Bahasa


         TAJUK
Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Dalam Kemahiran Mendengar
         URL

        SINOPSIS
Wardah daripada pelajar IPG


        TAJUK
Penggunaan Bahasa Melayu
        URL

       SINOPSIS

Indahnya bahasa kita, orang berbudi kita berbahasa dan bahasa merungkai seribu makna....