TIP GUNA
ENJIN CARIAN
APAKAH kaedah carian maklumat yang cekap
dalam Internet terutama dalam menggunakan enjin carian ?
Apabila kita berbincang berkenaan dengan
carian yang cekap dalam menggunakan enjin carian di Internet, ia merujuk kepada
ketepatan maklumat yang diperolehi dalam masa secepat yang mungkin seperti enjin
carian Google dibina dengan kaedah cariannya yang cekap dan pantas.
Namun begitu, ada beberapa perkara yang
memerlukan kecekapan pengguna enjin carian tersebut untuk mendapatkan carian
maklumat yang tepat dan pantas.
Di sini akan dibincangkan beberapa faktor
insan atau penggunaan carian yang betul bagi mendapatkan hasil carian yang
lebih tepat dengan masa yang pantas apabila menggunakan enjin carian di Internet
menggunakan enjin carian Google.
Berikut adalah beberapa kaedah yang betul
untuk mendapat carian maklumat yang tepat dan pantas menggunakan enjin carian
di Internet iaitu:-
1.
Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian yang
dibuat.
Apabila sesuatu carian yang dibuat, enjin
carian akan paparkan beratus ribu atau lebih alamat laman web. Jadi, untuk
mengurangkan paparan tersebut, gunakan kata kunci atau terma yang sangat
spesifik dan unik.
2.
Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian.
Fungsinya adalah untuk memperkecilkan lagi
skop carian. Enjin carian akan menghasilkan keputusan carian yang di luar
jangka terutama kata kunci yang digunakan mempunyai beberapa maksud. Tanda
tolak ini akan berfungsi secara logik sebagai TIDAK atau penafian bagi sesuatu
makna dalam kata kunci carian. Ia akan membuang beberapa keputusan carian yang
tidak berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan kata carian
berkenaan haiwan, kerbau. Maka segala yang berkaitan dengan kerbau akan
dipaparkan seperti Kerbau Enterprise, nama bagi sebuah syarikat, kertas dan
lain-lain. Jadi, boleh menggunakan tanda tolak untuk tidak merangkumi
maklumat-maklumat yang tidak berkaitan tersebut seperti - Enterprise - Ker dan
lain-lain.
3.
Penggunaan tanda pengikat kata (" ") bagi mendapatkan kata kunci yang
lebih bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut.
Ia tidak akan mencari maklumat secara umum
yang berkaitan dengan kata kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi
mengurangkan paparan maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat
dalam sesuatu carian.
Contohnya adalah seperti kata kunci atau
carian perkataan, "Membujur lalu melintang patah".
4.
Pengunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebanyakan enjin carian tidak membezakan
sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil, huruf besar dan yang berada
dalam pengikat kata.
Jangan membuang masa dengan
perkara-perkara tersebut. Sebagai contoh, kesemua perkataan yang berikut adalah
sama dalam enjin carian.
*Perpaduan
*perpaduan
*PERPADUAN
nPerpaduan
nperpaduan
5.
Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan.
Kebanyakan enjin carian akan abaikan
perkataan kebiasaan yang digunakan dalam ayat untuk bahasa Inggeris seperti and,
a, the, an, is dan lain-lain. Pengunaan tanda seruan juga akan
diabaikan. Namun begitu, ia boleh digunakan dan enjin carian akan mengambil
kira dalam proses carian sekiranya ia berada dalam pengikat kata ("
").
6.
Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian.
Penyusunan terma kata carian daripada
secara umum kepada yang lebih spesifik dalam kotak carian dapat banyak membantu
memaparkan keputusan yang tepat dalam bentuk senaraian pada kotak carian
tersebut. Inilah cara yang berkesan menggunakan fungsi AutoComplete dalam
enjin carian. Pemilihan item yang bersesuaian pada kotak carian menjimatkan
masa untuk menaip sesuatu terma carian. Fungsi AutoComplete ini
bukan sahaja berada dalam enjin carian seperti Google tetapi ada pada pelayar
web atau brwoser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
7.
Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris.
Kita perlu mengelakkan menggunakan kata carian
yang mempunyai imbuhan perkataan seperti balls, tested, walking dan
lain-lain. Lebih baik menggunakan perkataan asas seperti ball, test, walk dan
lain-lain. Ini dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak tepat dalam
menggunakan enjin carian. Namun begitu, sekiranya carian maklumat memerlukan
perkataan reading. Gunakan perkataan reading dalam
carian maklumat kita.
8.
Penggunaan Browser History
Ia juga dikenali sebagai fungsi sejarah
dalam pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain. Kadang
kala ada alamat laman web yang sudah kita layari untuk dapatkan maklumat.
Sekiranya ada keperluan lagi dan kita
menggunakan enjin carian, seperti biasa ia akan paparkan banyak maklumat yang
perlu kita perhalusi satu demi satu.
Jadi, alamat laman web yang sudah kita
layari sebelum ini boleh diperolehi semula di bahagian Browser History ini.
Bagi memudahkan lagi carian kita, perlu
kita mengingat masa dan tarikh laman web tersebut dilayari menggunakan pelayar
web tersebut.
9.
Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian.
Sekiranya dalam masa tertentu, masih belum
menjumpai maklumat yang dicari, kita perlu ada kaedah atau perancangan yang
lain seperti berikut:-
nPenggunaan enjin carian yang lain seperti
Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
nMembuat pertanyaan dengan menghantar
soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.
nMenggunakan pakar carian maklumat yang
boleh membantu.
nMembuat panggilan telefon untuk sesuatu
bantuan atau pertanyaan.
nBertanya soalan atau maklumat tersebut
kepada rakan taulan.
10.
Perincikan carian maklumat yang dibuat.
Terdapat beberapa simbol yang boleh diguna
pakai dalam carian bagi menambahkan kespesifikan carian dan mengurangkan skop carian.
Ia dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak sesuai. Di antaranya adalah
seperti berikut:-
nTanda tambah ( + ) -
Enjin carian akan abaikan perkataan sambungan atau yang biasa digunakan dalam
ayat seperti is, are, and dan sebagainya. Sekiranya perlu untuk kita masukan
perkataan tersebut boleh menambah simbol tambah ini dipermulaan perkataan
tersebut seperti giant +and city. Jadi, carian tersebut akan memaparkan segala
maklumat berkenaan perkataan tersebut termasuk perkataan and.
nTanda aliran ( ~ ) - Dengan penambahan tanda ini didepan
sesuatu perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan
maklumat yang sinonim dengan perkataan tersebut. Namun begitu, tidak kesemua
perkataan berupaya mendapatkan hasil yang baik dengan tanda ini terutama sekali
perkataan singkatan dan mepunyai banyak makna seperti HTML, CSS, HTTP dan
lain-lain. Contoh penggunaanya adalah seperti berikut, ~ HTML.
nTanda asterik ( * ) - Ia digunakan untuk mencari sesuatu
perkataan bersama dengan terma lain yang tidak diketahui seperti berikut,
pendekar *. Namun begitu, ia tidak boleh digunaka untuk sebahagian daripada
perkataan seperti pendekar m*. Hasil carian akan memaparkan segala maklumat
berkenaan dengan pendekar dengan tambahan apa-apa perkataan yang lain.
nTanda atau ( OR ) atau ( | ) - Ia digunakan untuk mencari salah satu
perkataan-perkataan carian yang sesuai. Sebagai contoh, kenangan indah akan
memaparkan maklumat kedua-dua perkataan tersebut tetapi kenangan | indah akan
memaparkan kesemua maklumat berkenaan salah satu daripada perkataan carian
tersebut.
nJulat penomboran - Perincian sesuatu carian yang bernombor
boleh dikecilkan skop cariannya dengan menyatakan julat dan jenis pengukuran
bagi nombor tersebut. Sebagai contoh, Windows Server 2005 .. 2008, iPad RM100
RM200 dan lain-lain.
nPenggunaan carian pintar atau Advanced
Search yang mempunyai banyak pilihan dan kriteria untuk
mengecilkan lagi skop carian seperti tarikh, negara, bahasa dan lain-lain. Ia
boleh digunakan dengan mengklik butangnya yang terdapat di sekitar kotak
carian.
nPenggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google. Ia juga
merupakan satu kaedah pencarian yang mengecilkan skop carian kepada carian yang
lebih spesifik pada sesuatu perkara. Ia boleh dibuat carian menerusi kotak carian
Google dan kemudian klik kepada perkataan Wonder Wheel disebelah
tepinya.
KESIMPULAN
Berdasarkan penerangan yang dibincangkan di
atas, ia merupakan satu kaedah carian atau alat carian yang memainkan peranan
penting dalam mencari maklumat sekaligus membantu kita mendapatkan carian
maklumat yang hampir tepat dalam masa yang pantas.
Ia juga bertindak menyingkirkan segala
maklumat yang tidak perlu daripada paparan enjin carian memandangkan internet
merupakan sebuah gudang maklumat yang mempunyai pelbagai jenis maklumat.
Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kita untuk
memperhalusi aspek carian maklumat agar berupaya mendapat maklumat yang tepat
dalam masa yang pantas.
Dimuatturun daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0509&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm#ixzz2NCehyRxI
ANDA JUGA BOLEH MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT MENGENAI ENJIN
CARIAN MELALUI EMPAT PAUTAN LAIN YANG BERKAITAN.
No comments:
Post a Comment