Thursday 21 March 2013



REFLEKSI MEMBINA BLOG

            Perasaan saya jadi tidak menentu apabila diberitahu oleh  pensyarah pada kali pertama dalam interaksi untuk semester 3 bahawa BMM3105 iatu Pembelajaran Berbantukan Komputer dinilai pada blog. Kena buat blog sendiri? Saya mula risau dan tak terfikir langsung macam mana nak bina blog. Naluri hati saya berkata..belum cuba belum tahu..
            Alhamdulillah, berkat sedikit usaha dan saya mengikuti panduan yang  diberikan saya membina   blogspot.com / blogger.com sebagai tapak blog,   akhirnya saya dapat membina tapak blog dahulu.  Saya memilih templat dan ‘wallpaper’ yang sesuai, ringkas dan tidak serabut. Blog saya siap tapi saya tidak tahu cara untuk memasukkan maklumat seperti yang diminta oleh pensyarah.  Kelemahan yang ada pada saya inilah menjadi cabaran yang mesti saya hadapi.  Saya tidak segan silu bertanya rakan-rakan sekuliah dan tempat saya bertugas.  Akhirnya saya dapat merealisasikan blog saya seperti apa yang diminta.
            Rasa cemburu pada blog orang lain yang cantik, kemas, menarik memberi galakan kepada saya untuk mencuba. Setakat ini saya rasa bangga walaupun hasilnya tak seberapa. Pada interaksi yang ke tiga, kami diajar untuk membuat menu dan ‘link’kan menu dengan ‘post’. Saya terus berusaha melaksanakan tugasan yang diberikan melalui blog pensyarah.  Sebagai seorang pelajar kita mestilah berusaha mencari panduan, mengikut panduan dan melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sebaik mungkin.
            Sifat sabar amatlah penting bagi mencapai sesuatu kejayaan. Pengalaman saya membina blog sendiri  adalah satu pengalaman yang amat berharga pada diri saya.  Kita perlu sentiasa menerima teguran dan nasihat daripada orang lebih bergalaman. Akhirnya blog saya dapat direalisasikan juga.  Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar kepada kami.  Terima kasih saya juga kepada rakan-rakan yang turut menghulurkan bantuan.  Insyallah pengalaman yang saya terima pada hari ini akan saya curahkan kepada anak-anak didik saya dalam zaman ICT.
 

No comments:

Post a Comment